Friday 28 August 2015

penukaran nama kulaijaya kepada KULAI

Sultan Johor semalam menitahkan agar nama daerah Kulaijaya ditukar kembali kepada nama asalnya, Kulai berkuatkuasa serta-merta.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titahnya turut menggesa agar kerajaan Negeri memikirkan nama sesuai bagi menggantikan nama daerah Nusajaya.
“Nama asal sesebuah tempat itu diberikan oleh nenek moyang kita, walaupun nama tersebut kedengaran seperti agak ganjil, namun kita perlu menghormati nama yang diberikan kerana ia berkait rapat dengan sejarah,” titahnya selepas merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
Turut berangkat dua anakanda baginda, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tengku Temenggung Johor, Tunku Idris.

kemalangan maut di parit sulong

JOHOR BAHRU: Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka dirempuh sebuah jip dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong dekat Batu Pahat, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, berkata mangsa, Saidi Abd Karim, 55, dari Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, Selamat Latif, 32, dari Parit Sentang Batu, Parit Sulong, meninggal dunia di hospital, dua jam kemudian.

Gambar Perhimpunan Bersih


Gambar sekitar perhimpunan Bersih 4.0 2015 di KL Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015. Difahamkan perhimpunan Bersih edisi ke 4 kali ini jauh lebih radikal dimana ianya berlangsung selama dua hari berturut bermula 29 Ogos 2015 sehingga 30 Ogos 2015. Lokasi perhimpunan Bersih 4.0 ini bermula dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka bermula pada jam 2.00 petang. Antara lima tuntutan perhimpunan Bersih 4.0 antaranya adalah bersihkan pilihanraya, kerajaan bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi parlimen dan selamatkan ekonomi Malaysia.
Gambar Perhimpunan Bersih 4.0 Kuala Lumpur KL 29.8.2015
 

jangan jadikan kambing hitam

SHAH ALAM -  "Janganlah menimbulkan isu berkenaan saya dan ayahanda saya, semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu-isu yang lebih menekan rakyat," kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam perkongsian terbarunya.Melalui laman Facebook Johor Souther Tigers, Tunku Ismail mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang telah diarahkan untuk 'menyerang' beliau dan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Persoalannya sekarang, adakah saya dan ayahanda saya bersuara untuk kebaikan negeri dan negara, atau untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara?

"Kami hanya memperjuangkan kesejahteraan rakyat, selain menasihati para pemimpin negara supaya menjalankan tugas dengan telus dan berintegriti demi rakyat," kata Tunku Ismail.

Tunku Ismail berkata, beliau sedih kerana sesetengah pihak yang hanya memikirkan kedudukan, kuasa dan kepentingan peribadi, melihat pihak Istana seolah-olah mencabar kerajaan.

"Jikalau nasihat dan pandangan ayahanda saya sebagai Sultan, dan saya sebagai Tunku Mahkota, hendak disekat serta dipertikaikan, apalah pula harapan rakyat?

"Janganlah kami dijadikan kambing hitam sedangkan keadaan semasa terus melarat. Daripada hendak serang-menyerang antara satu sama lain, lebih baik masa dan tenaga tersebut dimanfaatkan untuk menangani permasalahan negara," kata beliau lagi.

About me

About Me

Months had too ham cousin remove far spirit. She procuring the why performed continual improving.

Read More